Cara Permohonan Pendaftaran OKU dan Kategori-kategori OKU

Mungkin ramai di antara pembaca yang tidak tahu mengenai faedah yang diperolehi oleh Orang Kelainan Upaya ( OKU ) di Malaysia dan cara untuk mendaftar sebagai salah seorang warga OKU. Kisah seorang ibu yang tergamak meninggalkan seorang anak OKUnya di Nilai baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan mengenai usaha kerajaan dalam membela nasib mereka ( warga OKU ). Justeri itu, kami ingin berkongsi dengan anda cara untuk mendaftar diri, ahli keluarga atau rakan terdekat yang juga merupakan warga OKU serta faedah yang bakal diperolehi jika mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan oleh pelbagai agensi di Malaysia.

Pendaftaran Orang Kelainan Upaya

Semua permohonan akan diambil tindakan dalam tempoh 1 bulan dan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima. Ianya dilaksanakan secara sukarela di mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Mereka akan didaftarkan mengikut empat kategori utama kurang upaya seperti kurang upaya anggota, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran dan kurang upaya akal.

Kad Kenal Diri Orang Kelainan Upaya

Jabatan mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk memudahkan pengenalan supaya mereka mendapat perkhidmatan yang cepat/ lebih baik dan akses kepada kemudahan-kemudahan awam.




Orang Pendaftaran Orang Kurang Upaya – KLIK SINI 
borangdaftar-oku
Permohonan Pendaftaran :
  1. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
  2. Menggunakan borang tersebut di atas.
  3. Menggunakan 1 keping gambar ukuran passport dan dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad
Syarat Pendaftaran :
  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  2. Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.


KATEGORI BAGI ORANG KURANG UPAYA (OKU)

1. PENDENGARAN

Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang upaya pendengaran boleh dibahagi kepada empat tahap, iaitu :-

  • Minimum 15 – < 30dB (kanak-kanak)
  • 20 – < 30dB (orang dewasa)
  • Sederhana 30 – < 60dB
  • Teruk (severe) 60 – < 90dB
  • Sangat teruk (profound) ≥ 90dB


2. PENGLIHATAN

Kurang Upaya Penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain lain gangguan penglihatan kekal. Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada:-

  • Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.
  • Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.
  • Kurang daripada 3/60 ialah Counting Fingers (CF), Hand Movement(HM), Perception of Light (PL) dan No-Perception Light (NPL).Lain-lain gangguan penglihatan kekal (hanya boleh disahkan oleh Pakar Oftalmologi)
3. PERTUTURAN

Kurang Upaya Pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

4. FIZIKAL

Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian. 

Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:

  • Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan
  • Spinal Cord Injury
  • Stroke
  • Traumatic Brain Injury
  • Kerdil (Achondroplasia) iaitu ≤ 142cm bagi lelaki dan ≤ 138cm bagi wanita
  • Cerebral Palsy


EmoticonEmoticon

Catatan Yang Ditampilkan

Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !

Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...

Comments