Cara menyemak Bantuan Kebajikan Warga Emas secara online


Definisi Warga Emas 

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.

Ada beberapa usaha yang giat dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelbagai golongan di Malaysia bagi menambahkan perbelanjaan boleh guna untuk mereka setiap bulan. Sudah pastinya golongan tua idak terkecuali.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah berbesar hati untuk menyalurkan Bantuan Elaun Warga Emas sebanyak RM350 sebulan.

Jikalau anda mengenali orang tua yang menepati syarat kelayakan seperti di bawah, anda dipelawa untuk bantu mereka mohon bantuan ini.

Bantuan Kewangan

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM350 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.


Syarat Kelayakan Bantuan:

  • Mesti berumur 60 tahun ke atas
  • Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
  • Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.


Cara Pemohonan :

  • Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email. Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan.
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Kebajikan Warga Emas sila layari www.jkm.gov.my untuk semakan secara online.


EmoticonEmoticon

Catatan Yang Ditampilkan

Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !

Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...

Comments