Khamis, 3 Oktober 2019
PPR Kionsom Inanam Dijangka Siap Pada 2020
Diterbitkan Khamis, Oktober 03, 2019
Tags
KOTA KINABALU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kionsom Inanam dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pihak pemaju penyelamat kini sudah mengambil alih projek terbabit bagaimanapun terdapat sedikit masalah teknikal yang perlu diselesaikan.
"Apabila pihak pemaju ingin mendapatkan barang gantian, mereka tidak dapat memenuhi kriteria baharu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pada masa ini.
"Oleh kerana projek berkenaan sudah bermula sejak 10 tahun lalu, maka polisi yang ditetapkan pada masa permulaan projek adalah tidak sama dengan polisi sekarang termasuklah berkaitan isu sirim dan sebagainya," katanya.
Baca juga :
- Pohon Sekarang Projek Perumahan Rakyat (PPR Kionsom Inanam) Rumah Mampu Milik Dengan Kadar Sewa Bulanan Yang Sangat Rendah
- Skim Rumah Pertamaku (SRP) Khas Pekerja Sektor Swasta Dan Kerajaan
- 8 Syarat Penting yang Anda Perlu Ketahui Kalau Ingin Membeli Rumah
- Adakah boleh membeli rumah menggunakan KWSP Akaun 2?
Beliau berkata pihaknya sudah meminta pengecualian agar polisi yang sama seperti spesifikasi sebelum ini diselaraskan untuk memastikan pembaikan serta penggantian barangan dapat dilaksanakan.
Tambahnya, PPR yang mempunyai 500 unit itu dijangka siap menjelang 2020 dengan menggunakan bajet sebanyak RM12 juta yang diperuntukkan kepada pihak pemaju dengan mengekalkan pemilik rumah yang sudah membuat pendaftaran sebelum ini.
Sementara itu, pihaknya sudah meluluskan 30 kawasan perumahan yang akan ditukarkan kepada bentuk sewaan dan disebabkan Sabah mempunyai undang-undang tersendiri, maka satu bengkel bagi menyelaraskan aktiviti, peruntukan serta projek perumahan akan diadakan awal September depan bagi membincangkan perkara terbabit.
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon