Selasa, 16 April 2019
Permohonan Skim Biasiswa MyBrainsc 2019 : Mohon Sekarang !
Diterbitkan Selasa, April 16, 2019
SKIM BIASISWA MyBrainSC 2019
PENGENALAN PROGRAM
Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
OBJEKTIF
PROGRAM
- Melahirkan tenaga pengajar
dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;
- Menggalakkan pelajar
cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang
inovatif dan berkepakaran tinggi;
- Melahirkan saintis rakyat
Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi
seperti Nobel Laureate; dan
- Menjadikan Malaysia sebagai
sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di
pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.
BIDANG
PENGAJIAN
- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Matematik
SYARAT
PERMOHONAN
Syarat-syarat
permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:
KEDOKTORAN (PH.D)
- Calon adalah warganegara
Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35
tahun pada 31 Disember 2019;
- Calon telah mendapat
keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75
di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara
dengannya dalam bidang sains tulen;
- Calon tidak mempunyai
sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat
pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak
jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat
di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan
sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang mengikuti
pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi
keutamaan; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
SARJANA
- Calon
adalah warganegara Malaysia;
- Berumur
tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2019;
- Calon
telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam
bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas
atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan
penuh;
- Calon
tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di
peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan
kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon
yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia
untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Mod
pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Calon
sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat
mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau
luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh
Kementerian.
IJAZAH PERTAMA
- Calon adalah warganegara
Malaysia
- Umur tidak melebihi 21 tahun
pada 31 Disember 2019
- Calon memperolehi
sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi
Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam
SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
- Pelajar-pelajar yang berada
di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala
1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
- Pelajar belum lagi menerima
menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana
penaja.
PERJANJIAN
Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak
berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh
Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan
tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya
- Calon
diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan
akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan
perjanjian ini; dan
- Calon
menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada
Kementerian.
PERMOHONAN
- Permohonan
dibuka mulai pada 25 Januari 2019 Jam 4 Petang sehingga 10 Februari 2019
Jam 11.59 Malam.
- Permohonan
perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/.
- Permohonan
perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di
atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual
tidak akan diproses.
- Pemohon
hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui
dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana
dan PhD.
- Pemohon
hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi
Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
- Semua
dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal
dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik
(upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil
(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
- Klik
sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
- Klik
sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
- Jika
tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat
tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan
berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) /
Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
- Dokumen
sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
PERMOHONAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
- Kad
Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
- Gambar
berukuran passport.
- Slip
Keputusan SPM.
- Transkrip
penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-level/Diploma/SAT.
- Surat
Tawaran Universiti (jika ada).
PERMOHONAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA
- Kad Pengenalan Pemohon
(depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip Keputusan SPM.
- Transkrip penuh Ijazah
Pertama.
- Rancangan penyelidikan yang
telah disahkan oleh penyelia.
- Surat Tawaran Universiti
(jika ada).
PERMOHONAN PERINGKAT PHD
- Kad Pengenalan Pemohon
(depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip Keputusan SPM.
- Transkrip penuh Ijazah
Pertama.
- Skrol Ijazah Sarjana.
- Rancangan penyelidikan yang
telah disahkan oleh penyelia.
- Surat Tawaran Universiti
(jika ada)
KAEDAH PEMILIHAN
- Ujian saringan bagi
mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
- Penilaian oleh panel penilai
penemuduga yang dilantik.
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon