Selasa, 4 September 2018
Senarai Barangan yang tidak dikenakan Cukai SST 2.0 yang perlu anda ketahui?
Diterbitkan Selasa, September 04, 2018
SST 2.0 telah bermula pada 1 September 2018 lalu. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga telah mengeluarkan dokumen bertajuk GUIDE ON PROPOSED SALES TAX RATES FOR VARIOUS GOODS versi 2.0. (25 Ogos 2018). Anda boleh muat turun fail PDF tersebut di sini
Sila buat aduan kenaikan harga barang kepada KPDNKK melalui saluran berikut:
Seperti gambar diatas adalah senarai barangan yang dikecualikan oleh Cukai SST dan telah dirumuskan kepada beberapa kategori agar mudah difahami, untuk senarai barangan dikecualikan daripada SST scara terperinci adalah seperti Jadual keterangan dibawah :
Baca juga : Perbezaan antara SST dan GST yang anda perlu ketahui ?
Baca juga : Perbezaan antara SST dan GST yang anda perlu ketahui ?
Daging – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
|
Ikan & Binatang Laut – Kebanyakannya 0% dan 10%, Ada juga 5%
|
Sarang Burung & Madu – 5%
|
Telur – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Susu & Barangan Tenusu – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
|
Pokok Hidup & Tumbuhan Hiasan – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
|
Sayur-sayuran – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
|
Buah-buahan & Kacang – Hampir 70% dikecualikan cukai, Sedikit 5%
|
Rempah – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Kopi & Teh – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Bijirin – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Tepung & Kanji – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
|
Isi Kelapa Kering – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Kacang Tanah – 5%
|
Minyak Bijian – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
|
Bahagian Pokok – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
|
Kacang Soya – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Ekstrak Sayur-sayuran – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Daun Sayur-sayuran & Produk Sayur-sayuran Lain – 0%
|
Lemak & Minyak – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
|
Preparations of Crustaceans, Molluscs or Other Aquatic Invertebrates’
– 5%
|
Persediaan Ikan – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Persediaan Daging – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
|
Gula & Konfeksioneri Gula – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%,
Sedikit 10%
|
Koko & Persediaan Koko – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Mi & Pasta – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Persediaan Bijirin, Tepung, Kanji atau Susu – Hampir semuanya 0%, Ada
5%, Sedikit 10%
|
Persediaan Sayur-sayuran, Buah-buahan, Kacang atau Bahagian Lain Pokok
– Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
|
Persediaan Boleh Dimakan Yang Lain – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
|
Minuman, Alkohol & Cuka – Hampir semuanya 10%, Ada 5%, Sedikit 0%
|
Makanan Binatang – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Tembakau & Pengganti Tembakau Yang Dikilangkan – Hampir semuanya
10%, Sedikit 0%
|
Produk Galian – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Bahan Kimia – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
|
Produk Farmaseutikal – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Baja – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Perkara Mewarna – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
|
Cat & Varnis – 10%
|
Sealant – 5%
|
Barang Kosmetik & Minyak Wangi – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Sabun, Wax, Polish – 10%
|
Penyala, Mancis & Barang Meletup – 10%
|
Grafit Buatan & Karbon Diaktifkan – Semuanya dikecualikan cukai
(0%)
|
Racun Serangga & Pembasmi Kuman – 0%
|
Produk Bahan Kimia Yang Pelbagai – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Barangan Plastik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Barangan Getah – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Barangan Kulit – 10%
|
Beg – 10%
|
Peralatan Kuda & Abah-abah – 10%
|
Kayu & Barangan Kayu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%, Sedikit 5%
|
Gabus – 10%
|
Barangan Buluh & Rotan – 10%
|
Pulpa Kayu & Sisa Kertas – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
|
Kertas & Barangan Kertas – Hampir semuanya 10%, Ada juga 0%
|
Barangan Bercetak – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%
|
Tekstil & Barangan Tekstil – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Kasut – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Barangan Kepala – 10%
|
Payung & Tongkat – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Bunga Tak Hidup – 10%
|
Barangan Batu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Barangan Seramik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Kaca & Barangan Kaca – 10%
|
Barangan Tukang Emas – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%
|
Barangan Besi atau Keluli – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Barangan Tembaga – 10%
|
Barangan Aluminium – Ada 0%, Ada 10%, Sedikit 5%
|
Peralatan & Barangan Berasaskan Logam Asas – Hampir semuanya 10%,
Sedikit 0%
|
Barangan Lain Berasaskan Logam Asas – Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%
|
Jentera, Peralatan Mekanikal & Bahagiannya – Hampir semuanya 10%,
Ada 0%, Ada 5%
|
Perkakas Elektrik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%
|
Kenderaan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Pesawat & Kapal Angkasa – 10%
|
Kapal & Bot – 10%
|
Instrumen – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Jam Tangan – 10%
|
Instrumen Muzikal – 10%
|
Perabot – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Permainan & Peralatan Sukan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Barangan Pembuatan Yang Pelbagai – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
|
Kalau ikut rumusan diatas :
- Dikecualikan Cukai – 1,468 barang
- 5% – 464 barang
- 10% – 1,628 barang
SST adalah cukai satu peringkat?
Kalau SST cukai satu peringkat di peringkat pengilang, kenapa dalam resit ada 6%?
Ramai tidak menyedari bahawa SST sebenarnya ialah dua jenis cukai berbeza – Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang memerlukan dua akta berbeza diluluskan di parlimen.
Contoh 1 :
Kalau pergi bengkel nak tukar tayar kereta ada embedded cukai jualan 10% pengilang tayar. Bengkel pula mungkin mengenakan cukai perkhidmatan 6% (bergantung kepada jadual di atas). Dalam resit kita tidak akan nampak cukai jualan 10% tu. Contoh ini jelas menunjukkan SST adalah cukai bertindih.
Contoh 2 :
Kalau penggunaan bulanan elektrik rumah (residential) lebih dari 600 kWh (lebih daripada RM 231.80), maka bil TNB kita akan dikenakan cukai perkhidmatan 6%.
Contoh 3 :
Kalau makan di kedai mamak yang jualan mereka RM1 juta setahun juga tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6%.
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon