Rabu, 5 September 2018
Pep Guardiola telah memperkenalkan Sistem Denda baharu - Man City -
Diterbitkan Rabu, September 05, 2018
Tags
![]() |
PEP GUARDIOLA - Foto APA |
MANCHESTER CITY: Pep Guardiola memperkenalkan sistem denda baharu di Manchester City dalam usaha memastikan pemain skuad juara Liga Perdana Inggeris itu sentiasa kekal fokus.
Difahamkan, pengendali City itu melarang penggunaan telefon mudah alih di semua kawasan kerja di pusat latihan kelab.
Kawasan larangan itu termasuk sesi analisis, mesyuarat pasukan, gimnasium dan padang latihan di Akademi Bolasepak City.
Guardiola bagaimanapun membenarkan pemain menggunakan telefon mereka di dalam bilik persalinan. Larangan dan sistem denda berkenaan dibuat bagi mengekalkan tahap prestasi yang ditampilkan ketika memecahkan rekod liga musim lalu.
Antaranya ialah pemain akan didenda sekiranya datang lewat untuk latihan, dengan bek kiri, Benjamin Mendy antara pemain pertama melakukannya.
Dipercayai jumlah denda dipersetujui lebih awal bergantung kepada pengalaman dan gaji mereka.
Guardiola sering menekan kepentingan mengekalkan fokus musim ini bagi memastikan City menjadi pasukan pertama sejak sedekad lalu, mempertahankan kejuaraan liga Inggeris.
Mereka juga mensasarkan untuk mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan mendapat undian mudah di peringkat kumpulan apabila diletakkan bersama-sama Hoffenheim, Lyon dan Shakhtar Donetsk. – AGENSI
Sumber - BERITA HARIAN
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon