Khamis, 6 September 2018
Kesan Cukai SST Kepada Pembeli Rumah
Diterbitkan Khamis, September 06, 2018
Pasti ramai pihak yang terkesan dengan kenaikan ini kerana maklumlah negara kita baru sahaja bebas dari sebarang cukai pada Jun lepas. Kini kita perlu mula membayar SST pula. Dengar cerita ia tidaklah begitu membebankan namun sejauh manakah kebenarannya?
Dengan masalah hartanah negara kita yang tidak selesai-selesai lagi ini ekoran dari faktor seperti harga rumah diluar kemampuan rakyat, kini SST pula diperkenalkan. Adakah SST akan memberi impak kepada harga rumah?
Baca juga : Perbezaan antara SST dan GST yang anda perlu ketahui ?
Beliau juga menyakinkan bahawa SST tidak membebankan kerana antara barangan yang tidak dikenakan SST adalah sardin, susu, kopi serta teh. Beliau juga menambah bahawa impak pelaksanaan SST terhadap rakyat sebagai pengguna akhir, adalah kurang berbanding GST. <
RUMAH PUN KENA SST?
Menjawab persoalan diatas, SST 10% yang dikenakan sekarang adalah caj sekali sahaja yang hanya melibatkan pengeluar, pembekal serta kontraktor. Manakala GST pula melibatkan semua pihak dan memberi kesan negatif kepada kewangan rakyat.
Namun ada juga pihak yang membuat dakwaan bahawa harga rumah dijangka turun sehingga 5 peratus susulan langkah kerajaan mengecualikan SST terhadap bahan binaan seperti simen dan batu bata.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yakin bahawa antara faktor utama harga rumah naik suatu ketika dahulu ialah kerana simen dan batu bata dikenakan GST.
Baca juga : Senarai Barangan yang tidak dikenakan Cukai SST 2.0 yang perlu anda ketahui?
Namun katanya lagi jangan terlampau yakin harga rumah akan turun kerana banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi harga rumah seperti lokasi dan sebagainya.
Beliau juga berharap kerajaan negeri dapat berkerjasama dalam usaha mengurangkan harga rumah.
Kenyataan kemungkinan harga rumah tidak akan naik ini dikukuhkan lagi oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa perkhidmatan, pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualikan daripada SST.
Baca juga : Adakah boleh membeli rumah menggunakan KWSP Akaun 2?
Sumber: Berita Harian HartaBumi
Apa pendapat anda, Boleh percaya ke harga rumah akan turun selepas SST diperkenalkan?
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon