Rabu, 5 September 2018
Adakah boleh membeli rumah menggunakan KWSP Akaun 2?
Diterbitkan Rabu, September 05, 2018
Bila sebut soal mahu beli rumah pasti ramai yang akan pening kepala bagaimana cara kumpul duit untuk bayar wang deposit yang beribu.
Contoh kalau kumpul perlahan-lahan kemudian apabila sudah selesai kumpul, harga rumah pula sudah naik. Bila harga rumah naik, Deposit pun mesti naik juga.
Salah satu cara shortcut untuk beli rumah ialah dengan menggunakan akaun KWSP 2 anda.
KWSP ini semua sedia maklum bermaksud Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Employees Provident Fund(EPF).
KWSP ini diwujudkan adalah untuk ‘Memaksa’ pekerja menyimpan sejumlah wang secara tetap setiap bulan sebagai jaminan selepas pencen nanti. Boleh bayang tak kalau KWSP tak wujud? 😱
Setiap orang mempunyai 2 akaun KWSP :
Akaun 1: 70% daripada gaji yang ditolak akan ke akaun 1 dan hanya boleh dikeluarkan sekiranya anda sudah mencapai usia 55 tahun, kehilangan upaya, meninggal dunia atau berhijrah ke luar negara.
Akaun 2: Baki 30% daripada gaji yang ditolak pula akan ke akaun 2 dan akaun inilah yang anda boleh keluarkan untuk tujuan beli rumah dan lain-lain.
Baca juga : Cara - Cara Daftar I-Akaun KWSP Online
So kesimpulannya, untuk tujuan beli rumah hanya akaun 2 sahaja dibenarkan, tetapi berapakah jumlah yang layak dikeluarkan oleh anda?
Hartabumi sebenarnya sudah pernah mengeluarkan artikel mengenai amaun yang layak dikeluarkan sekiranya anda membeli rumah(pembelian individu dan bersama individu lain). Klik sini untuk ulang kaji dahulu.
Secara ringkasnya formula yang anda perlu tahu ialah,
(harga jual – jumlah pinjaman) + 10% harga jual = jumlah maksima pengeluaran KWSP
Syarat Pengeluaran KWSP akaun 2
1. Antara jenis hartanah yang anda boleh beli ialah rumah banglo, teres, rumah berkembar, apartmen, kondominium, apartmen studio, apartmen servis, ‘townhouse’, SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman.
2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuaan membeli aatau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :
Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah akta perkhidmatan kewangan atau akta perkhidmatan kawangan islam 2013.
Kerajaan Pusat / Negari atau lain-lain agensi kewangan kerajaan.
Majikan ahli
Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia )
Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh bank Negara Malaysia
Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua.
Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
Mengubahsuai , membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
Membeli rumah ketiga.
Membeli rumah di luar negara.
Kaedah Bayaran
Bayaran Dalam Malaysia
Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-
Ahli mempunyau akaun bank yang aktif dengan panel KWSP
Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
Bayaran akan diberikan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM)
Bayaran melalui cek akan dibuat jika bayaran tidak berjaya melalui akaun bank
Bayaran Luar Malaysia
Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-
Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.
Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.
Dokumen Diperlukan :
Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5) boleh dapatkan disini
Salinan dokumen pengenalan diri
Maklumat Akaun Bank
Borang KWSP 3 (Pindaan)
Dokumen Sokongan
Sila rujuk senarai semak dokumen pengeluaran membeli rumah di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan.
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sumber : Hartabumi
Sumber : Hartabumi
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon