Rabu, 8 Ogos 2018
Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob telah Meninggal Dunia
Diterbitkan Rabu, Ogos 08, 2018
Tags
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Menurut pelakon Salina Saibi, doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
"Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, Doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggangnya. "Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, berita sedih itu turut dikongsi pelakon Sheera Iskandar menerusi laman Instagramnya.
"Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi.
Sheera berkongsi berita sedih di laman Instagramnya.
Sheera berkongsi berita sedih di laman Instagranya.
"Mohon doa dari semua moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.
"Semoga kau tenang di sana Nizen. Al Fatihah," tulis Sheera.
Sebelum ini, Nizen, 33, pernah mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Allahyarham membuat pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat. Beliau pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei tahun lalu. Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/06/nizen-ayob/#Pobl8IXz5TIEmkD8.99
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon