Khamis, 16 Ogos 2018
Cara Permohanan Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah 2018 (eKasih)
Bilakah tarikh pendaftaran ahli KWSP/i-Suri dibuka? Ini adalah Panduan buat kepada yang layak membuat pendaftaran ahli i-Suri bagi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).
Untuk makluman, menurut daripada Portal rasmi KWSP, pendaftaran ahli KWSP atau i-Suri bagi mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP mulai 15 Ogos 2018 dimana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
Baca juga : Cara - Cara Daftar I-Akaun KWSP Online
Bagi mereka suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), anda layak menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 sebulan
Program i-Suri adalah merupakan salah satu Insentif Khas dari Kerajaan bagi mereka suri rumah yang berkelayakan untuk membuat caruman seperti ahli KWSP. Dasar ini adalah salah satu manifesto parti Pakatan Harapan untuk Pilihanraya umum ke-14.
Baca juga : Panduan dan syarat pengeluaran KWSP buat rumah
Sumbangan Kerajaan (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan) ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun.
Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah 2018 (eKasih)
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang Pendaftaran i-Suri 2018 yang meliputi cara pendaftaran, manfaat dan syarat kelayakan ahli KWSP/i-Suri :Cara Pendaftaran Ahli KWSP i-Suri
- Pendaftaran ahli KWSP/ i-Suri bagi individu yang layak mulai 15 Ogos 2018 dimana-mana kaunter KWSP.
Baca juga :
Cara Semak Status Pendaftaran eKasih secara online
Cara Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018
Tarikh Pembayaran Fasa Ke-3 Bantuan Sara Hidup (BSH 2018
Berikut adalah golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih termasuk :
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
- KIR Wanita: Balu, bercerai atau bujang
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun
Manfaat Ahli KWSP
Antara manfaat yang diperolehi oleh ahli KWSP adalah seperti berikut :
- Dividen tahunan
- Bantuan hilang upaya
- Bantuan kematian
- Pengeluaran simpanan
- Perlepasan cukai
Pembayaran caruman KWSP bagi i-Suri boleh dibuat menerusi tiga cara seperti berikut :
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSPT
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik
Untuk maklumat berkenaan i-Suri,sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi
Pusat Pengurusan Perhubungan 03-8922600
Semoga perkongsian tentang Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah ini boleh memberi manfaat dan juga dapat dijadikan panduan buat anda semua. Selamat membuat perdaftaran dan moga program ini dapat memudahkan anda di masa hadapan. Terima kasih.
Artikel Terkait
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon