Rabu, 4 April 2018
Permohonan Institusi Pendidikan Guru
Diterbitkan Rabu, April 04, 2018
Tags
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan ke IPG 2018 di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohonan IPG 2018 dibuka pada bulan Mac setiap tahun. (masih tidak rasmi)
Sebelum membuat permohonan, anda dikehendaki untuk mematuhi syarat kemasukan ke IPG 2018 terlebih dahulu.
Selain itu, ada dinasihatkan supaya lebih peka dan tahu akan tarikh-tarikh penting Permohonan IPG
Permohonan IPG 2018 Online
Perhatian kepada semua calon.Tarikh yang diberikan adalah rasmi daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysoa. Calon boleh mula membuat permohonan pada tarikh berikut:
- Permohonan dibuka: 13 Mac 2018
- Tarikh tutup permohonan : 28 Mac 2018
Jika anda berminat untuk memasuki IPG bagi sesi pembelajaran tahun 2018, anda boleh membuat permohonan pada pautan yang disediakan di bawah ini.
Link permohonan: MOHON
Secara umumnya, permohonan IPG 2018 adalah mengikut prosedur seperti berikut:
- Calon mula membuat permohonan IPG 2018.
- Kemudian calon akan disenarai pendek untuk mengikut Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). UKCG adalah satu ujian dimana setiap calon akan dinilai tahap fizikal dan intelektual pemohon. Secara dasarnnya, ujian ini mempunyai bahagian bertulis dan juga ujian fizikal.
- Selepas selesai menjalani UKCG, pemohon akan menunggu dalam beberapa hari sebelum keputusan dikeluarkan.
- Keputusan UKCG dikeluarkan, pelajar yang berjaya dalam UKCG seterusnya mara ke peringkat temuduga.
- Temuduga dijalankan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.
- selesai temuduga, tempoh menunggu beberapa hari oleh pemohon.
- Keputusan temuduga dikeluarkan. Ini bermakna pelajar yang berjaya dalam temuduga berjaya untuk memasuki IPG.
Semoga ini dapat memberikan anda gambaran kasar bagaimana proses pemiihan pelajar untuk masuk ke IPG.
Selamat membuat permohonan IPG 2018 online.
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon