Selasa, 20 Februari 2018
Semakan & Permohonan Online UPU 2019/2020
Diterbitkan Selasa, Februari 20, 2018
Permohonan UPU 2018. Permohonan UPU bagi lepasan matrikulasi, lepasan spm, stpm, politeknik, dan setaraf. Kepada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke UA (Universtiti Awam), IPTA, ataupun Politeknik, kini bolehlah mengisi borang Permohonan UPU secara online disini.
Maklumat Permohonan UPU adalah seperti berikut :
Permohonan UPU merupakan satu sistem atas talian (online) yang diwujudkan oleh kementerian untuk para pelajar memohon memasuki Universiti, Politeknik, ataupun ILKA.
Beriku adalah senarai-senarai laman sesawang pemohonan ke 👉 Universiti Awam
Para pelajar boleh memohon UPU secara online melalui laman web upu. Sebelum memohon UPU, para pelajar dikehendaki untuk membeli nombor PIN di Bank Saimpanan Nasional (BSN). Selepas pin di beli, barulah pelajar mendapat akses untuk memasuki laman web permohonan upu.
Cara Permohonan UPU Sesi 2019/2020
Berikut merupakan cara bagaimana anda boleh membuat Permohonan UPU:
- Terlebih dahulu, beli No Pin Permohonan UPU 2018 (No Unik) di Bank Simpanan Nasional (BSN). Anda boleh terus membeli melalui mesin ATM ataupun terus pergi ke kaunter. Pin berharga RM15.64 termasuk gst. (no pin mulai dijual pada 25 Februari 2019 hingga 1 April 2019).
- Masuk ke portal rasmi upu di MOHON UPU .
Tarikh Permohonan UPU Sesi 2018/2019
- Permohonan UPU 2019 secara online bermula pada 25 Febuari 2019 sehingga 2 April 2019, sila pastikan anda telah memohon sebelum tarikh tutup untuk tahun ini.
Syarat kemasukan Permohonan UPU 2019/2020. Berikut merupakan syarat am permohonan UPU mengikut kategori permohonan iaitu Lepasan SPM/ Setaraf ( bagi permohonan Sjil, Diploma, dan Asasi)
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
- Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
- Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
- Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Laman semakan boleh dibuat melalui pautan dibawah :
⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩
Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Politeknik/Setaraf ( Untuk permohonan Ijazah sahaja)
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
- Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
- Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013.
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
- Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid.
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Semoga perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca khasnya lepasan-lepasan SPM, STPM dan Setaraf. Selamat Memohon UPU Online..Selamat Maju Jaya.
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Yang Ditampilkan
Tebus Kredit E-PENJANA RM50 E-WALLET Boost Apps Anda Segera !
Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat yang kini dikenali ...


EmoticonEmoticon